Thursday, March 8, 2007

Dadah

PENYALAHGUNAAN DADAH

Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amatmencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yangagak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untukmembasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan burukakibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibatini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.
APA ITU DADAH?

Mengikut Risalah kecil “Islam Memusuhi Dadah” yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993,telah memberi penjelasan seperti berikut : Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam. · Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yangjuga merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan , mencegahatau mengubati penyakit.

JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu : 1. Depresan - termasuk heroin,morfin, candu, kodein dan barbiturat. 2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam ,pelarut organik seperti benzin dan cat. 3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.